Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Terengganu 2018 kini dibuka. Sukacita dimaklumkan permohonan rumah mampu milik kepada rakyat Negeri Terengganu kini dibuka bermula Rabu, 30 Mei 2018. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web eperumahan.terengganu.gov.my. Semoga dengan inisiatif ini dapat memenuhi impian semua memiliki rumah sendiri.
Syarat-Syarat Permohonan RMM Terengganu
- Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
- 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
- Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
- Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
- Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
- Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.
- Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
- Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
- Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
Cara Memohon Rumah Mampu Milik (RMM) Terengganu
- Sila klik: eperumahan.terengganu.gov.my
Tarikh tutup:
- Tarikh tutup akan diumumkan kemudian. Harap maklum.
Loading...
permohonan rumah
Khalid bin sulong
D 328 KG PAK MADAH
BUKIT PAYONG
21400 MARANG
TERNGGANU
Permohon rumah mampu milik