GOLONGAN penoreh getah menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan janji untuk memberi perhatian kepada mereka yang menderita akibat penurunan harga mendadak komoditi itu.

Penoreh getah itu tidak lagi mampu menyara hidup dengan hasil getah yang kini dijual dengan harga RM2.05 sekilogram, lapor Sinar Harian.

Seorang penoreh yang diwawancara akhbar itu, Juwita Yaacob, 40, menuntut janji kerajaan yang menurutnya akan menaikkan harga komoditi tersebut.

Golongan pengusaha kebun getah itu menikmati pulangan tinggi apabila harga jualan meningkat sehingga RM4 sekilogram, namun ia kemudiannya jatuh mendadak bermula April lalu.

“Tapi bila lepas pilihan raya umum, turun terus jadi RM2.05 pula sekilogram. Mana janji kata nak naik, kalau tak mahu bagi naik pun jangan duk bawa turun harga tu. Kita ni mana ada pendapatan lain dah.

“Harap pada jual susu getah ja, tapi kenapa kerajaan masih nak meremukkan hati rakyat macam kami,” katanya kepad Sinar Harian.

Senasib dengannya, Yaacob Awang Teh 64, menggesa turut menggesa kerajaan membantu golongan penoreh ini yang tidak mempunyai pendapatan lain.

“(Sekarang) dah la musim hujan, pergi menoreh sebelum sempat balik lagi hujan dah turun, macamana getah nak beku.

“Kalau boleh, kami minta kerajaan mempercepatkan proses kenaikan harga getah seperti dijanjikan,” katanya.

PH dalam manifestonya berjanji untuk memberi perhatian kepada isu kejatuhan mendadak harga getah dan mengakui penurunan harga itu merupakan perkara di luar kawalan penoreh.

Antara perhatian yang ingin dilaksanakan oleh PH adalah mewujudkan stok penimbal getah untuk memastikan kestabilan di pasaran. – 21 Julai, 2018.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.