KUALA LUMPUR – Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) akan dikenakan kepada penggunaan elektrik melebihi 600 kWj bersamaan RM231.80 untuk kategori domestik (kediaman) bermula 1 September 2018.
Menurut satu notis yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), ia ditetapkan bagi tempoh pembilan 28 hari dan ke atas.
“Bagi bil bulan Ogos/September 2018, caj SST akan ditentukan berdasarkan penggunaan elektrik mulai 1 September yang dikira secara pro-rata,” katanya.
Pengguna bagi kategori ini boleh menyemak jumlah cukai yang dikenakan kepada mereka kerana ia tertera di dalam bil.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh melayari laman sesawang www.customs.gov.my
Loading...