KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan bakal melaksanakan hukuman sebat secara terbuka setelah Enakmen Tatacara Jenayah diluluskan dalam Sidang Dun Julai lalu dan kini dalam proses pewartaan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, empat kesalahan yang membolehkan hukuman sebat secara terbuka dilakukan adalah zina, liwat, qazaf (me­nuduh zina atau liwat) dan minum arak.

“Dalam pindaan yang diluluskan itu melibatkan 33 perkara, pindaan kepada Enakmen Tatacara Jenayah Syariah yang membolehkan merotan di khalayak ramai.

“Sebelum ini kita rotan dalam penjara atau dalam bilik hakim,” katanya selepas merasmikan Hari Hududullah yang diadakan di sini, hari ini.

Gamabr hiasan

Ahmad berkata, antara cadangan perlaksanaan sebat itu adalah di dewan tertutup, masjid dan stadium tertutup.

“Bagaimanapun enakmen itu tidak melibatkan sebatan terhadap pesalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Ini kerana Seksyen 15, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985, seseorang perempuan yang sengaja melakukan musahakah dengan perempuan lain, boleh didenda tidak lebih RM500 atau penjara,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.