Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan seramai 17,000 kakitangan awam dari lantikan politik akan disingkirkan bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
Baca: 17,000 penjawat awam lantikan politik akan ditamatkan
Walaupun ada yang tidak puas hati dengan penamatan tersebut, ramai dalam kalangan netizen menyifatkan ia sebagai satu balasan buat mereka yang menerima ganjaran besar sedangkan melakukan tugas untuk parti politik, bukannya orang awam.
Ini antara luahan mereka yang telah ditamatkan kontrak oleh pihak kerajaan.
Manakala ini pula respons netizen di media sosial berhubung isu tersebut.
Karma. Masa minta kerja guna kabel, kepentingan politik. Kerja tak buat pemalas rasuah menimbun2 ambik. Anak muda semua gigih interview SPA kena reject walaupun qualification cukup baik tapi disebabkan bangsat ni guna kabel dalam kementerian walaupun bodoh dapat kerja.
— KEEM 🌺 (@keemmazni) May 15, 2018
Buat ayat sedih konon nmpk mcm dibuang kerja..
Dh namanya lantikan politik, tukar management, tukar bos.. Ko pun kene keluarlah. Ko masuk pun ikut pintu belakang, bkn ikut tapisan JPA mcm penjawat awam lain
Bnyk lak songeh mamat ni.. pic.twitter.com/5dP5wRrfXN
— Orenji オレンジ (@OrenjiRenOren) May 15, 2018
Buat ayat sedih konon nmpk mcm dibuang kerja..
Dh namanya lantikan politik, tukar management, tukar bos.. Ko pun kene keluarlah. Ko masuk pun ikut pintu belakang, bkn ikut tapisan JPA mcm penjawat awam lain
Bnyk lak songeh mamat ni.. pic.twitter.com/5dP5wRrfXN
— Orenji オレンジ (@OrenjiRenOren) May 15, 2018
Last year beribu pekerja dalam sektor banking dibuang kerja, anak-anak pemimpin ni tak bising pun. Eat my shoes.
— h0t pie (@itmesher) May 15, 2018
pekerja KONTRAK and PSH or whatever yg under that term diorang sepatutnya dah sedia maklum dan bersiap sedia jika dibuang kerja..sebab tu nama dia kontrak.. Tak payah lah raih simpati..MOKLUUU
— Ahmad Safuan (@anAhmads) May 15, 2018
Alasan yang diberi (tanpa sebarang emosi, tak peduli nak puasa dan nak raya): dia orang tu political appointees.
Penyokong2 kata: Dia orang memang tau kan, masa sign kontrak dulu, kontrak boleh ditamatkan anytime.
Penyokong lain kata: dia orang kerja utk BN je, eloklah tamat. https://t.co/vioPXPPnqd
— Rahman Ariffin 🇲🇾 (@ManPin) May 16, 2018
Nampaknya netizen seolah-olah tidak kisah dengan isu tersebut. Malah, seorang daripadanya berkata, penamatan kontrak kerana perubahan pentadbiran bukannnya satu perkara yang baharu dan pernah berlaku sebelum ini.
Isu kontrak utk org yg kerja dgn menteri ni bukan benda baru. Workers pon mmg dh aware If boss dorg kalah mmg kontrak tamat serta merta. Ni jd isu sebab BN kalah je. Childish la.
— v î z v t v z î v (@ejatkobain) May 16, 2018