Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menegaskan bahawa timbalan pendakwa raya Kevin Morais yang mati dibunuh secara tragis tidak terlibat dalam siasatan kes 1MDB.

“Setahu saya Morais tiada kena mengena dengan 1MDB,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dalam sidang media di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Sebaliknya, kata Shukri, Morais sebenarnya bekerjasama dengan SPRM dalam kes rasuah melibatkan bekalan ubat-ubatan hospital.

Morais mati dibunuh pada September 2015 selepas dilaporkan hilang pada 4 September dan mayatnya ditemui disimen dalam tong dua minggu lepas itu.

Tahun lepas, pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mendakwa beliau mendapat draf dakwaan kertas pertuduhan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dari Morais sebelum pembunuhannya.

Rewcastle-Brown membuat dakwaan itu dalam penyataan pembelaannya dalam saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di United Kingdom pada 11 Oktober.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.