KUALA LUMPUR: Pada hari pertama pembukaan sidang Parlimenke-14, pemandu teksi menyambut kerajaan baru pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengadakan demonstrasi bantahan berhubung isu perkhidmatan e-panggilan Grab, bertempat di Padang Merbok, 500 meter dari bangunan Parlimen.

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia Kamarudin Mohd Hussain yang mewakili pemandu teksi seluruh negara melahirkan rasa kesal terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kerana dianggap tidak memahami tuntutan sebenar kumpulan pemandu teksi di negara ini.

Katanya, Loke tidak membuka ruang kepada pihak industri teksi untuk berbincang mengenai nasib industri itu.

“Beliau tak buka pintu rundingan dengan pemandu teksi, beliau boleh buka pintu rundingan dengan wakil Grab tapi tak pernah adakan perjumpaan dengan pihak teksi.

“Kami rasa ini tak patut, kami adalah pemain industri sebenarnya,” katanya dalam sidang medianya hari ini.

Katanya, layanan yang diterima oleh mereka sama seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Tindakan kerajaan hari ini yang tidak membuka ruang untuk berbincang sama seperti kerajaan lepas,” katanya.

Kamal berkata jika isu ini gagal diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), pihaknya tidak menolak kemungkinan pemandu teksi akan hilang pekerjaan dan terpaksa mencari kerja lain untuk hidup.

“Jika isu ini gagal diselesaikan kami terpaksa ‘parking’ teksi dan mencari kerja lain,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal berkata pihaknya merancang mengadakan perhimpunan kedua jika isu ini tidak dapat diselesaikan segera.

“Tapi kami harap ini perhimpunan terakhir jadi besar harapan agar ia dapat diselesaikan segera,” katanya.

Lebih 100 pemandu teksi hadir, mereka turut membawa plakad bantahan terhadap keterbukaan kerajaan kepada perkhidmatan Grab.

Mereka menyerahkan memorandum kepada wakil Kementerian Pengangkutan.

Kumpulan itu dikawal ketat pihak polis dan bersurai kita-kira jam 11.15 pagi setelah mula berkumpul jam 9 tadi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.