MALANG nasib seorang pekerja premis menjual pakaian wanita apabila dia bukan sahaja disamun, tetapi dirogol dalam kejadian di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, malam tadi.
Dalam kejadian 9.40 malam itu, mangsa berusia 20-an dipercayai berseorangan dalam premis berkenaan sebelum didatangi suspek.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan memasuki kedai serbaneka 24 jam yang terletak bersebelahan premis tempat mangsa bekerja.
Menurutnya, akibat kejadian itu, premis menjual pakaian itu mengalami kerugian dianggarkan lebih RM2,000.
Katanya, mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut.
Loading...