Kerajaan Pas Terengganu telah menarik balik pemberian air percuma kepada rakyat di negeri ini termasuk yang berpendapatan rendah dengan alasan nama mereka tiada dalam senarai e-kasih.

Penarikan balik itu menyebabkan sebahagian besar daripada 500,000 rakyat Terengganu yang mendapat bekalan air percuma sebelum ini terpaksa membayar penuh bil air mereka seperti sedia ada.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya terpaksa berbuat demikian kerana ianya telah termaktub dalam manifesto Pas pada PRU14 baru-baru ini.

“Ini adalah pelaksanaan manifesto kita dan terdapat perbezaan dengan dengan apa yang telah dibuat kerajaan negeri sebelum ini,” ujarnya.

Melalui pendekatan kerajaan BN sebelum ini, setiap pengguna perlu membayar bil sepenuhnya jika melepasi kadar 20m padu sebulan dengan tujuan untuk membudayakan amalan menjimatkan penggunaan bekalan sumber air.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.