KELANA JAYA – Seperti perisai, ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menggunakan cermin mata hitam sebagai sindiran untuk menepis permainan politik pembangkang yang didakwanya sebagai hipokrasi.

Kata Nurul Izzah, sindiran itu dilemparkan terhadap ahli pembangkang yang didakwanya menggunakan sentimen perkauman dan agama dalam berpolitik.

“Mungkin ada yang bertanya kenapa saya memakai cermin mata hitam, tetapi saya terpaksa memakai kerana kilauan hipokrasi ini terlalu teruk.

“Kita terpaksa berhadapan dengan penggunaan politik yang digunakan politik kaum, agama, selain menghina Selangor, semata-mata untuk menang dalam pilihan raya secara tidak adil, dengan penuh kebencian,” katanya dalam ceramah politik di Grand Finale Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di Kelana Jaya, malam ini.

Tepat pukul 12 tengah malam, tempoh untuk berkempen bagi PRK Dun Seri Setia akan berakhir berikutan pengundian bagi menentukan Ahli DUN (ADUN) kawasan tersebut akan berlangsung pada hari esok.

PRK Seri Setia bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PKR, Halimey Abu Bakar dan calon Pas, Dr. Halimah Ali.

PRK Seri Setia diadakan selepas penyandangnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.- UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.