Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menggesa para nelayan di negara ini untuk menanam nanas atau rambutan bagi menambah pendapatan masing-masing.

Salahuddin berkata, kementeriannya telah menjalankan bebrapa kajian dan berjaya menemui variety baharu tanaman tersebut yang mampu menghasilkan pulangan yang lumayan.

“Kalau hanya bergantung dengan laut, saya rasa tidak mungkin kita dapat meningkatkan pendapatan nelayan ini.

“Maka dengan penemuan-penemuan baharu kementerian, hasil daripada penyelidikan MARDI, kita ada variety baru nanas, sebagai contoh MD2, yang begitu popular.

“Tanah-tanah belakang rumah ataupun nelayan yang memiliki tanah ini, kita akan galakkan menanam tanaman ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, harga tanaman seperti rambutan klon jenis mutiara merah dan mutiara madu mempunyai harga yang mahal di pasaran.

“Kita ada rambutan baharu, klon paling baharu iaitu mutiara merah, mutiara madu yang mahal harganya di pasaran.

“Hari ini, Tuan Yang di-Pertua, rambutan kalau pergi beli tepi jalan tidak ada lagi 20 sen, 30 sen tapi RM1, RM2, mahal hari ini.

“Jadi produk-produk yang seperti ini kita akan galakkan supaya mereka menjadikan tanaman-tanaman ini sebagai tanaman sampingan yang boleh menambahkan pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata, tanaman-tanaman tersebut berpotensi untuk dieksport ke China

Bagaiamapun kenyataan Salahuddin itu telah menjadi bahan lawak netizen di media sosial.

“Demikian juga saya rasa di masa depan variety-variety baru ini seperti MD2 dan rambutan ini akan dapat juga menembusi pasaran khasnya Tanah Besar China yang saya rasa kalau kita dapat untuk menyelesaikan isu-isu protokol kita dengan Tanah Besar China,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.