Sejak kebelakangan ini, isu lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen di negara ini.

Ini kerana, ada di kalangan penyokong LGBT mahu kerajaan Malaysia mengiktiraf golongan ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan songsang tanpa gangguan undang-undang.

Terbaru, seorang pelakon lelaki terkenal dikatakan ‘mengaku’ ingin menjadi sebahagian daripada golongan LGBT dan memohon orang ramai untuk mendoakannya sekali. Uishh biar betul ni? Beraninya!

 

“Saya nak jadi LGBT…doakan…,” kata Nazrief Nazri dalam laman Instagramnya.

Posting tersebut telah mencetuskan kontroversi di kalangan netizen yang tidak tahu apa sebenarnya LGBT yang dimaksudkan Nazrief.

“LGBT yang saya maksudkan adalah Lelaki Gagah Bangun Tahajud, iaitu keinginan saya untuk menjadi lelaki yang sanggup korbankan masa tidur dan bangun menunaikan solat sunat tahajud,” katanya.

Ramai peminat dan pengikut pelakon berusia 27 tahun itu meluahkan rasa terkejut, tapi nasib baik baca sampai habis kan! Namun rata-rata turut mendoakan yang terbaik buat Nazrief.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.