Semalam aku terbaca satu review yang kata film ini tak best. Ya aku setuju tak best langsung! Sikit pun tak best, tapi rilex dulu. Maksud aku tak best langsung kalau kau tak tengok hahahaha. Best wei! Dia punya tahap best tu sampai popcorn dan air orange aku beli tak habis. Popcorn pun usik sikit saja. Sebab fokus punya pasal dan susah sangat nak cari masa untuk bernafas tenang sebab asyik terkejut. Boleh sesak nafas oi. Kuajaq betul 😆.
Nasihat aku, kalau kau pernah ada kes dirasuk, sakit lemah jantung, pregnant dan semangat tak kuat, better jangan masuk. Ohya, budak-budak 10 tahun dan ke bawah juga kalau boleh better tak perlu ajak. Sebab member aku anak dia demam panas lepas balik dari panggung wayang. Effect trauma dan takut. Kalau nak bawa juga, risiko sendiri. Nasihat extra, sebaiknya bila tengok film sebegini make sure dalam keadaan “ada wuduk”. Tak perlu banyak tanya, kalau nak buat, buat. Taknak sudah.
Ada babak yang buat kau seram sejuk dan nak terkencing di tempat kejadian. Ada juga babak kau nak memaki hamun asbab marah dan benci. Ada babak yang buat kau mengalirkan air mata keinsafan. Tapi kalau tak nangis, hati kau keras roy!
Aku tidak boleh memberikan sepenuh bintang di langit untuk film ini. Kerana aku tahu di atas langit masih ada langit. Jadi aku nak cari bintang extra kat langit lain nak bagi kat kesemua pelakon yang begitu cemerlang membawakan watak masing-masing. Fuh!
Syamsul Yusof- Membawa watak Ustaz Adam.
Maaf, aku tak tahu nak komen apa dengan beliau. Perfect!
Maya Karin- Membawa watak Sakinah. Walaupun Maya Karin nampak dah berusia tapi kehebatannya masih sama seperti hebatnya beliau membawa watak pontianak satu masa dahulu.
Nasir Bilal Khan- Membawa watak Abuja.
Ini watak paling menjadi bagi aku. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Tok Adi dalam drama Tanah Kubur. Tapi dalam film ini kau rasa nak kubur dia. Nampak tak menjadi watak beliau?
Fauzi Nawawi- Membawa watak Umar.
Tak dapat disangkal lagi bagi lah apa jenis “character” sekalipun kat beliau, semua boleh jalan.
Mawi- Membawa watak Azhar.
Memang mawi dah bertahun tak muncul dalam pentas lakonan tapi beliau masih boleh dipuji dalam membawakan watak Azhar. Goodjob!
Fizz Fairuz- Membawa watak Azman.
Jejaka kelahiran Raub Pahang ini tidak mengecewakan dalam kebanyakan lakonan yang dibawakannya. Ya, figura ini pun boleh tahan hebatnya.
Zara- Membawa watak Aina.
Aku yakin dan percaya budak ini boleh pergi lebih jauh dalam dunia seni. Berbakat dan rugi jika tidak diasah.
Kalau korang perasan, dalam film MUNAFIK 1 sebelum ni, ada satu dialog yang begitu mendalam ayatnya tembus ke hati dan aku masih ingat sampai sekarang. Dialognya berbunyi,
“Akan ada satu (makhluk) lagi yang muncul dan menghasut anak adam selepas syaitan dan iblis iaitu DAJJAL!”
Dialog inilah yang buat jiwa seni aku meronta-ronta untuk lihat kesinambungan di Munafik 2 and yes memang mereka berjaya relate kan dengan DAJJAL. Cumanya dalam munafik 2 ni lebih kepada anak buah dajjal. Puak yang sesat dan akidah terpesong.
Aku serius puas hati dengan mesej yang hendak disampaikan dalam film ini sama ada yang tersurat atau tersirat. Kerana ada babak yang mana pengarah film cuba nak perli golongan sesat seperti puak syiah.
Ustaz aku pernah pesan, untuk zaman mencabar sekarang nak selamatkan diri dan keluarga, kita kena beruzlah. Mengasingkan diri maksudnya. Tuan-tuan dan puan-puan, beruzlah ni dari zaman imam al ghazali lagi sudah disarankan untuk berbuat demikian.
Tujuannya untuk kita pergi menuntut ilmu yang boleh selamatkan kita di akhirat kelak dan bawa anak-anak serta isteri untuk kenal Allah. Perlu sangat ke mengasingkan diri? Ya, perlu sebab iman kita ini senipis kulit bawang sahaja.
Mengasingkan diri ni bukan kita bawa diri sorang-sorang dalam hutan. Gila namanya tu. Tapi kita membawa diri ke satu perkampungan yang mana di situ ramainya guru-guru alim dan orang-orang soleh yakni mereka yang siang dan malamnya hanya untuk bermunajat, bertasbih, mengagungkan dan mentauhidkan Allah. Inilah sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Sakinah, beliau beruzlah kerana tidak mahu mengikuti ajaran sesat.
Untuk pengetahuan korang, Nabi SAW ada ajar kita untuk mengelakkan fitnah dajjal, dibaca ketika tahiyat akhir sebelum salam. Doa boleh rujuk kat bawah aku ada upload sekali kat bawah tu.
Alang-alang buat review, aku nak share juga bagaimana kita nak lindungi diri dari dajjal?
The most important thing is iman, Allah melindungi orang-orang mukmin. The problem of nowadays muslim is disconnection between us and sunnah, wallahi jika kita tahu siapa itu dajjal kita akan menangis, we will cry a lot.
Tak akan terlalu gembira dengan apa yang ada di dunia ni. Doalah selalu, selepas solat atau bila-bila masa sahaja, “Ya Allah lindungi aku dan keluargaku daripada jahannam.”
Memorization of surah kahfi, verse 1-10. Ayat awal dan akhir. Nak selamat dari fitnah dajjal ni kena suruh semua orang amal surah kahfi. Mak, ayah, kakak, abang, adik, suami, isteri, member, etc. Jangan ‘selfish’ nak selamatkan diri sendiri je. This will help us. I believe, the best gift that Allah giving to us after islam and guidance is memorize the quran and practice it.
Ingat, semua tempat akan dikunjungi oleh dajjal kecuali 2 tempat. Iaitu, Makkah dan Madinah. Dajjal is exist, no doubt, still alive and where is he? Wallahualam.
Last but not least, semakin banyak pemergian alim ulama, semakin kita ‘terdedah’ kepada fitnah penyebaran ilmu yang sesat. Agaknya bagaimana nanti jika esok kita menghadapi fitnah dajjal ? Ingat pesanan aku kat atas tadi, hafal dan amal surah kahfi. Itu bukan pesanan aku tapi pesanan tok-tok guru yang alim dan faqih.
Sesungguhnya Malaysia sudah kehilangan banyak butir permata bernilai seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Fadzil Noor, Tuan Guru Haji salleh Musa, Tuan Guru Haron Din dan banyak lagi. Tak sanggup nak sebut semua kerana terlalu ramai. Maka tinggal lah kita yang jahil ini. 😢
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa’afie Wa’fuanhu..😢
Boleh tag seberapa banyak orang yang anda sayang jika anda “dapat sesuatu” dalam tulisan ini. Enjoy watching!
Sumber: Nur Hasanah