Hampir semua wanita mengimpikan rupa yang cantik, putih, dan badan ramping bak kerengga.

Tapi, dalam keghairahan untuk kelihatan cantik dan menawan, ada di kalangan wanita yang mengambil jalan mudah dengan menggunakan produk kecantikan tak lulus KKM sehingga memudaratkan diri sendiri.

Jika difikirkan, tak logik untuk cantik putih segera dalam masa 3 hari. Pun begitu, masih ada yang taksub dan tak berfikir panjang, terus mencuba tanpa selidik kandungan produk yang digunakan.

Barang kosmetik ini dijual dengan harga yang murah dan mudah didapati secara dalam talian. Ia sekaligus menarik minat pengguna terutama apabila kesannya dikatakan dapat diperoleh dalam tempoh masa singkat.

Bukan satu, tapi dah banyak kes melibatkan produk kecantikan tak berdaftar ini sehingga mengakibatkan penyakit merbahaya seperti tiroid, kaner dan turut memberi kesan kepada penyakit kulit.

Perkongsian gadis ini antara salah satu kesan buruk daripada penggunaan produk kecantikan yang digunakan sehingga rosak buah pinggangnya. Pengalaman yang dikongsi buat orang ramai ini bagus untuk dijadikan iktibar kepada para wanita lain di luar sana untuk lebih berhati-hati selepas ini. Mari kita ikuti perkongsian beliau.

Sumber: Wa Ell

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.