KERAMAT – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mendedahkan bahawa berkat doa rakyat membolehkan beliau terus bersikap tenang tatkala kini berhadapan dengan pelbagai isu.

Katanya, besar harapannya agar segala ujian yang dihadapinya kini dapat ditempuhi beliau dengan sabar dan tenang.

“Tiada apa-apa, alhamdulillah berkat doa rakyat semua dan atas keyakinan saya kebenaran akan tiba mudah-mudahan berdasarkan proses mahkamah yang adil,” katanya di sini malam ini.

Najib berkata demikian mengulas mengenai bagaimana beliau menempuh laluan sekarang yang dilihat semakin terhimpit dengan pelbagai kes yang membabitkan dirinya.

Beliau sebelum itu menyertai majlis bacaan Yasin dan Tahlil di Pusat Darul Quran Ittifaqiyah di sini.

Beliau yang hadir jam 7:20 di pusat itu turut menyertai jemaah untuk solat maghrib bersama.

Najib sebelum ini diheret dengan kes 1MDB turut disiasat berhubung Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla), hari ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.