Tidak dapat dinafikan bahawa baru-baru ini ramai golongan selebriti menyahut cabaran tarian #KekeChallenge yang popular melalui lagu In My Feelings nyanyian rapper terkenal antarabangsa, Drake.
Namun bagi pelakon Adam Shahz perkara itu tidak sepatutnya dilakukan oleh selebriti tanah air.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama bekas isteri Adam Shahz iaitu Fatin Afeefa turut memuatnaik kenyataan (tanpa ditujukan kepada siapa) berkaitan dengan tidak memberi nafkah anak.
“Amboii orang berkeke dance cakap memalukan agama dan bangsa. Kau tak bagi nafkah anak dah setahun tak malu pulakkkkk hahahahaha dasar hipokrit,” tulisnya di laman Twitter.
Sementara itu di pihak Adam Shahz, dia menjelaskan sudah memenuhi keperluan nafkah anaknya dan apa yang dikongsikannya di laman sosial tersebut tidaklah ditujukan kepada sesiapa malah menjelaskan bahawa tegurannya itu adalah untuk umum dan juga peringatan ke atas dirinya sendiri.
Bagi warga laman sosial, perkara sebegini sedikit sebanyak menarik perhatian mereka dalam mengetahui perkara sebenar yang terjadi.