TINDAKAN pelakon Iqram Dinzly meninggalkan komen di Instagram aktres Uqasha Senrose mengundang perbalahan kecil di kalangan segelintir pengikut aktres itu.

Ini berikutan posting Uqasha yang bertanya apa yang terlintas dalam kepala pengikut Instagramnya apabila bercakap mengenai watak Zaitun lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah.

Iqram kemudiannya meninggalkan komen : “mata saya diposisi dada” sambil diikuti ikon mata bercahaya dan tersenyum malu.

Bagaimanapun komen aktor berusia 37 tahun itu mengundang kecaman yang menyifatkan dia biadap dan tidak kurang juga yang bersetuju dengan komen yang ditinggalkan Iqram.

Menurut Iqram, menerusi ruangan komen dan Instagram live yang dibuatnya, dia hanya bersikap jujur dan tidak akan tunduk dengan permintaan netizen.

“Kebanyakan rakyat Malaysia memang begitu dan sebagai lelaki, saya tahu bagaimana sikap lelaki lain.

“Melayu Islam suka hidup dalam munafik. Mereka lebih suka hidup nak suruh orang ikut kepala dia. Memang tak lah. Ada yang acah-acah macam itu yang payah,” ulasnya.

Malah Iqram turut menyelar tindakan netizen yang mengecamnya dan menyifatkan mereka lebih sudu dari kuah.

“Tuan tanah pun reply. Kau pula yang lebih sudu dari kuah,” tulisnya.

Pada komen Iqram tersebut, Uqasha hanya bertanya sama ada seniornya itu sudah menonton filem tersebut atau belum.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.