Siapa saja yang tidak ingin menjelajah ke negara luar seorang diri? Trend ini lebih dikenali sebagai backpackers.

Namun tidak semua kisah backpackers berakhir dengan kegembiraan. Baru-baru ini, seorang wanita Mexico, Maria Mathus Tenorio,25, mati dirogol ketika ingin menjelajah dunia untuk menyebarkan musiknya.

Mengembara demi menyebarkan muzik


Pemuzik dan produser lagu ini menjadikan Costa Rica sebagai tempat pertama untuk dijelajahinya. Namun di sini jugalah kisah hidupnya berakhir apabila mayatnya ditemui di pantai selepas satu minggu memulakan pengembaraan itu.

Menteri Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica berkata mayat Maria di jumpai di pantai El Carmen, tempat terkenal di kawasan resort Santa Teresa Del Cabano.

Diserang di tepi pantai

Menurut laporan rasmi, Maria bersama seorang wanita British diserang oleh sorang lelaki yang ingin merompak mereka. Wanita British itu berjaya melepaskan diri dan memanggil pegawai keselamatan.

Bagaimanapun Maria diserang, dirogol dan kemudiannya dibunuh secara kejam oleh perogol itu yang melemaskannya. Dua orang suspek telah ditangkap, Esquivel Cerdas dan Benavides Mendoza.

Cerdas disyaki menyerang Maria manakala Mendoza pula disyaki merogolnya.

Kepada wanita lain yang ingin melancong seorang diri ke luar negara, seeloknya pergilah bersama orang yang anda kenal. Di tempat orang kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Lebih baik selamat daripada menyesal.

Sumber: Dailystar

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.