Kini lebih aktif dalam bidang pengacaraan, pelakon Diana Amir mengakui malu apabila melihat kembali dirinya ketika zaman belum bertudung.
Justeru itu, Diana Amir berharap agar stesen televisyen tempatan tidak mengulang siar filem atau drama lakonannya sewaktu sebelum berhijrah.
Pun begitu, dia sedar bahawa dia tidak mempunyai hak untuk menghalang namun jika ia boleh dielakkan, dia sangat menghargai dan berterima kasih
“Secara jujurnya saya malu apabila melihat semula diri saya pada zaman yang saya cuba untuk lupakan.
“Ada juga peminat yang terkejut terutama peminat baharu jika terlihat lakonan-lakonan lama saya di televisyen namun saya tidak boleh bebuat apa-apa,” katanya kepada Kosmo.
Tambah Diana, jika dia terbaca komen tentang lakonannya yang lama, dia bertindak untuk memadam atau cuba memberi penjelasan sebaiknya.
Pelakon filem Aku Masih Dara ini mula berhijrah dan bertudung sejak tahun 2011 selepas bermimpi tentang hari kiamat.