Malaysia akan hilang kelebihan daya saing sekiranya gaji minimum dinaikkan secara drastik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, katanya, kerajaan kini sedang berdepan kekangan kewangan dan tidak mampu menambah perbelanjaan.

“Ada yang berpendapat bahawa gaji minimum ini sepatutnya RM1,800. Ada yang kata RM1,500.

“Tetapi kita ada dalam keadaan kesukaran kerana banyak daripada wang yang sepatutnya ada digunakan untuk bayar hutang yang besar. Service of the interest pun dah begitu besar. Sebab itu kita tak boleh tingkatkan perbelanjaan kerajaan.

“Dan juga kita harus juga ingat kita sedang bersaing dengan negara-negara lain. Kalau kos kita meningkat terlalu tinggi, kita akan hilang competitive edge kita,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab kritikan beberapa pihak termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mendakwa kerajaan mengkhianati pekerja miskin.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.