Beberapa perkataan yang biasanya digunakan untuk mengutuk musuh politik disenaraikan dalam panduan “Bahasa Terlarang” Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Beberapa perkataan, yang biasanya digunakan oleh jaguh siber dan pahlawan papan kekunci di alam maya turut disenaraikan.

Ia termasuklah perkataan Maha Firaun yang digunakan untuk mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, DAPig untuk mengutuk DAP, Umngok untuk menghina Umno dan Pascai untuk menghina PAS.

Panduan itu disediakan oleh SKMM dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka, Lembaga Penapisan Filem, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) dan Commercual Radio Malaysia (CRM).

“Menyedari kepentingan kesantunan bahasa dan usaha mempertingkatkan kualiti kandungan siaran dalam media penyiaran, rujukan industri ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman para pengaramal media penyiaran dalam penyelarasan tafsiran dan suntingan berkaitan penggunaan bahasa terlarang khususnya bahasa kasar, kesat dan lucah,” kata Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin.

Ia tidak menyebut secara langsung tindakan yang boleh dikenakan jika panduan itu dilanggar.

Bagaimanapun, menurut panduan itu, ia perlu dirujuk bersama peruntukan dan tiga lagi garis panduan lain, iaitu:

  • Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
  • Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.