PULAU PINANG – Seorang lelaki ditembak mati ketika cuba menyerang seorang anggota polis dengan sebilah pisau pemotong buah sepanjang kira-kira 18 sentimeter (cm).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.10 petang tadi di Jalan Ria berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Katanya, ketika kejadian, anggota polis terbabit dipercayai cuba meleraikan pergaduhan di antara suspek yang berusia 41 tahun dengan seorang lelaki lain.

“Anggota tersebut telah memberi amaran lisan kepada suspek, namun dia masih nekad untuk menyerang mangsa.

“Sebagai langkah mempertahankan diri, anggota itu telah melepaskan tembakan mengenai kepala suspek yang mati di tempat kejadian,” katanya, di sini hari ini.

Tambah Che Zaimani, siasatan awal mendapati, suspek memiliki 15 rekod lampau yang terdiri daripada sembilan rekod jenayah dan enam rekod berkaitan dadah. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.