KUALA LUMPUR — Datuk Lee Chong Wei bukan lagi pengarah syarikat Raj’s Banana Leaf dan sudah meletakkan jawatan sebelum tular video pekerja restoran membasuh pinggan dalam lopak air.

Restoran itu dalam kenyataan menjawab spekulasi di media sosial tentang pemilik-pemiliknya sebagai “tidak benar dan tidak betul”.

“Kami mengesahkan Datuk Wira Lee Chong Wei bekas pengarah syarikat, beliau meletakkan jawatan sebelum kejadian timbul dan tidak terlibat dalam operasi seharian syarikat,” katanya dalam Facebook.

Restoran itu juga menafikan penglibatan seorang lagi individu yang tidak didedahkan identitinya.

“Individu terbabit tidak ada dan tidak pernah ada kaitan dengan pegangan saham dalam syarikat dan restoran kami,” katanya lagi.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan pagi tadi mengarahkan restoran itu ditutup serta merta sehingga tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.