KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.

Menteri Sumber Manu­sia itu juga mendakwa, masya­rakat Hindu telah mula menjejakkan kaki di negara ini sejak 2,500 tahun lalu.

Dakwanya, semua bukti mengenai kedatangan agama Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan banyak kuil telah ditemukan di sana.

“Kebanyakan orang telah lupa, orang Hindu mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu. Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, ke­semua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana.

“Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka, merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang! Kita dan Melayu adalah setaraf. Ini tanah air kita!” dakwanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam Youtube di sini baru-baru ini.

Kula Segaran dikatakan melakukan dakwaan demikian di dalam bahasa Tamil pada satu program di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu.

Dakwanya, guru di sekolah telah mengajar anak-anak murid tentang sejarah asal usul orang Hindu yang menetap di negara ini sejak 100 tahun lalu sahaja.

“Kita mesti mengetuk kepala guru-guru yang ajar sejarah salah yang sebegini! Pergi beritahu kepada semua, kenya­taan ini keluar dari mulut saya, Hindu, kaum pertama di Malaysia, 2,500 tahun yang lepas.

“Kita seharusnya perlu sebarkan kepada semua supaya hak kita tidak akan tertindas. Ini adalah tanah air kita,” dakwanya.

Usaha Utusan Malaysia mendapatkan komen Kula Segaran gagal berikutan beliau menutup telefon bimbitnya dan mesej WhatsApp yang dihantar kepadanya juga tidak dibaca.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.