KUALA LUMPUR: Sejumlah 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dan barangan bernilai termasuk jam tangan, adalah antara rampasan yang dilakukan dalam operasi penggeledahan di kondominium mewah milik bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, lewat malam tadi.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media yang berlangsung sekitar jam 2 pagi di perkarangan kondominium mewah selepas operasi penggeledahan tamat.

Amar Singh juga berkata rampasan dibuat untuk membantu siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) .

“Kami sedang membuat siasatan tentang kes 1MDB,” katanya dalam sidang media itu.

Berita penuh menyusul

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.