KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengumumkan meletakkan jawatannya sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah hari ini.

Surat permohonan peletakan jawatan dan pembatalan tauliah kata Khairy telah dihantar kepada Mej Jen Datuk ZainalAsisten Panglima bahagian Pasukan Simpanan (AP BPS).

Khairy sebelum ini dinaikkan pangkat daripada Kolonel ke Brigadier Jeneral yang mula berkuat kuasa pada 14 Januari 2015 lalu.

Ketika itu beliau menjadi menteri kabinet pertama Brigadier Jeneral sebenar dalam Rejimen Askar Wataniah dan kekal menjadi Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan.

Beliau menyertai Askar Wataniah pada 20 Januari 2010 sebelum ditauliah sebagai Kolonel pada 28 Oktober 2013.

Pernah mengikuti kursus asas perajurit muda selama sebulan pada 26 April 2010 di Rejimen 508 dan kursus asas payung terjun pada 13 Januari 2011 di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang di Melaka.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.