BARU-BARU ini pelakon Amyra Rosli telah diajukan soalan berhubung isu video lucah yang didakwa melibatkan hero gandingannya dalam drama bersiri Nur iaitu Syafiq Kyle.
Pun begitu, Amyra, 26, enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana percaya ia tidak ada kaitan dengan dirinya.
“Jujurnya, saya sebolehnya tidak mahu mengulas mengenai isu tersebut kerana ia tidak kena mengena dengan saya. Tetapi, pertanyaan ini diajukan kerana drama lakonan kami, Nur sedang ditayangkan.
“Apa yang boleh saya cakap, perkara lalu usah dibangkitkan atau membuka aib seseorang itu dan berikan ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya kepada Mstar.
Amyra juga memberitahu pihak produksi Nur mempunyai grup WhatsApp namun tidak ada sesiapa yang menyentuh hal itu kerana menghormati Syafiq.
“Kami ada grup WhatsApp tapi tiada siapa bertanya mengenai perkara itu kerana menghormati dia dan situasi yang dihadapinya sekarang sudah cukup sukar.
“Saya sendiri pun tak bertanya apa-apa kerana tidak mahu menguris perasaan Syafiq tambahan pula saya sendiri pun tidak tahu situasi sebenar,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan penularan video seorang lelaki tampil berbogel dan melakukan perbuatan tidak senonoh menerusi panggilan video, yang didakwa melibatkan aktor Syafiq Kyle.