Skim Perlindungan Insurans B40 iaitu skim insuran untuk rakyat berpendapatan rendah yang akan dilaksanakan bermula Januari tahun depan telah mencetuskan pendebatan di kalangan rakyat.

Seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan cadangan tersebut mahu orang ramai supaya tidak lagi menderma darah kepada pihak hospital kerana mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah pemerintahan kerajaan Malaysia Baru ini hanya tahu mengambil wang dari rakyat sahaja tanpa ada niat untuk membantu.

Walaupun jelas di situ mahu memperli pihak kerajaan, tindakan wanita itu mendapat kecaman netizen yang lain kerana mereka beranggapan soal nyawa bukan untuk dibuat main atau jadi bahan lawak.

Ada netizen yang mengaku menderma darah dengan niat untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran dari pihak lain.

Sementara itu, pihak KKM telah tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Menurut KKM, skim berkenaan akan diberikan secara percuma dengan subsidi sepenuhnya oleh kerajaan. Dalam bebenang Twitter rasmi Kementerian Kesihatan, KKMPutrajaya pelaksanaan skim tersebut masih dalam peringkat perbincangan antara Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia untuk menentukan mekanisme pelaksanaan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.