Siapa sangka seorang nelayan mampu jadi jutawan dalam sekelip mata apabila dia menemui muntah ikan paus yang dianggarkan bernilai Rp 3.3 bilion (RM1.01 juta) bagi 150 kilogram (kg) semasa menjualnya kepada seseorang.

Nelayan itu memiliki sebanyak 350 kg muntah paus dan kini dia mempunyai baki 200 kg muntah lagi yang belum dijual. Memang betul-betul kaya dalam sekelip mata!

Nelayan yang dikenali sebagai Sukardi berasal dari Kaur, Bengkulu, Indonesia, memberitahu dia menemui muntah paus ketika pergi menangkap ikan pada 2 November lepas.

Menurutnya, ketika itu dia melihat banyak objek berwarna putih terapung di permukaan laut dan mengutipnya kerana mahu membersihkan laut, lapor Kompas.com.

Dia tidak menyangka objek yang dikutipnya itu adalah muntah paus bernilai tinggi selepas pulang ke rumah dan melayari internet.

Tambahnya, muntah paus atau ambergris itu seperti lilin dan cair apabila dipegang serta boleh menghidupkan api.

Malah, ia juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat minyak wangi bermutu tinggi.

“Saya masih menyimpan 200 kilogram muntah paus itu di rumah dan bersedia menjual sekiranya ada yang menawarkan harga yang berpatutan,” katanya yang menerima banyak panggilan telefon sejak berita itu tersebar.

Mungkin dengan niatnya yang mahu membersihkan laut itu membuatkan dirinya menerima rezeki melimpah-ruah ini secara tiba-tiba.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.