Kalau pergi ke kedai makan, harga untuk minuman Milo Ais semakin mahal. Ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga Milo Ais sehingga harga dijual tidak masuk akal.

Baru-baru ini, seorang pemilik restoran didenda sebanyak RM30,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan menjual Milo ais pada harga tidak munasabah.

Hakim Egusra Ali, menjatuhkan hukuman itu terhadap Shihan Mohd Salim, 28, pemilik premis Anak Mami The Restaurant 3, di Kota Kinabalu, selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atasnya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk melengkapkan maklumat serta mengemukakan resit jualan antara Januari 2015 sehingga Mac 2016 bagi minuman Milo ais.

Selain itu, tertuduh tidak dapat menunjukkan invois belian bagi produk Milo, susu dan ais selain tanda harga minuman berkenaan bagi tempoh sama dalam masa tujuh hari bekerja bermula 9 Mei 2016.

Peniaga berkenaan didapati menjual Milo ais di premisnya dengan harga RM3.20 segelas dan harga itu dirasakan agak mahal oleh pengguna yang kemudian membuat aduan pada 7 Mac 2016.

Diharap peniaga atau pemilik premis makanan mengambil iktibar daripada kes ini dan tidak meletakkan harga tak masuk akal bagi setiap menu yang dijual.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.