SABAK BERNAM – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang kini menjadi buruan polis menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti, 30 Jun ini.

Jamal berkata, beliau juga akan bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan keputusan mengenainya dilakukan selepas menerima pandangan, sokongan serta nasihat rakan-rakan seperjuangan.

“Saya Jamal Md. Yunos menawarkan diri bertanding sebagai calon untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2018-2021.

“Tindakan ini juga dilakukan saya untuk membina kembali semangat perjuangan kepada semua ahli UMNO di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook rakannya hari ini.

Jamal diburu polis selepas menghilangkan diri sebelum proses dokumentasi ikat jamin terhadap tiga pertuduhan dihadapi beliau di Hospital Ampang Puteri.

Pada Rabu lalu, Jamal juga gagal hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas berjanji bagi memberikan keterangan termasuk dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak umum sebaliknya memuat naik satu klip video di laman sosial memberikan penjelasan mengenai ketidakhadirannya. – K! ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.