Kelmarin rakyat Malaysia berang dengan ketidakadilan juri sehingga memaksa jaguh pencak silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari menarik diri daripada meneruskan aksi final saingan Kelas E Putra ketika menentang pesilat tuan rumah, Komang Harik Adi Putra.

Belum pun habis isu tersebut, timbul pula isu melibatkan gimnas muda negara, Izzah Amzan selepas videonya dimuat naik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq ke laman Twitter miliknya.

Antara isu yang dibangkitkan oleh netizen di media sosial adalah cara pemakaian atlet berusia 17 tahun itu ketika membuat persembahan dikatakan tidak sesuai dipakai oleh orang Islam kerana terlalu seksi dan ketat.

Walau bagaimanapun, ada yang cuba membidas netizen yang mengkritik cara pemakaian Izzah ketika beraksi dengan memerli mereka.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.