Ekaterina Kiseleva

SEORANG pesakit yang menjalani pembedahan plastik di Moscow maut selepas melakukan pembedahan di bahagian payudara.

Menurut sumber perubatan, ibu kepada dua anak itu, Ekaterina Kiseleva, 32, disahkan meninggal dunia di klinik kerana masalah jantung.

Pakar bedah, Grigory Perekrestov, 31, yang dikenali dengan berswafoto dengan pesakitnya tanpa pakaian tidak mengulas mengenai kematian itu di klinik Triumph Palace.

Grigory Perekrestov

Satu siasatan dijalankan berikutan aduan yang dibuat oleh ibu pesakit, Evgenia.

Ekaterina mengingkari keluarganya apabila melakukan pembedahan plastik payudara selama lima jam membabitkan kos £1,830 (RM10,001) selepas diberi jaminan bahawa ia adalah selamat.

“Anak perempuan saya sihat,” kata Evgenia.

“Tiada kemudahan resusitasi di klinik ini,” tambahnya.

Menurut Evgenia, dia diberitahu mengenai berita kematian itu selepas dua jam anak perempuannya meninggal dunia.

Seorang jurucakap mengesahkan bahawa Jawatankuasa Penyiasat Rusia menyiasat kes tersebut.

Bagaimanapun, klinik itu memberitahu bahawa prosedur telah dijalankan dengan “betul”.

Mangsa merupakan ibu tunggal kepada dua anak, seorang anak lelaki, 12, dan seorang anak perempuan, 10. – Mirror UK

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.