NUSAJAYA – Hantaran perkahwinan yang semakin meningkat dikenal pasti menjadi antara punca bertambah jumlah pasangan yang ditangkap berzina di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim (gambar) berkata, sebanyak 300 fail telah dibuka di Mahkamah Syariah melibatkan 600 pelaku hingga Oktober lalu, berbanding sebanyak 269 kes sepanjang tahun lalu.

“Antara faktor yang dikenal pasti menjadi punca peningkatan gejala zina di negeri ini adalah meningkatnya kos wang hantaran dan kenduri kahwin.

“Perbelanjaan kenduri yang semakin mahal memberi beban sehingga akhirnya pasangan itu terjebak melakukan perbuatan maksiat,” katanya dalam jawapan bertulis terhadap soalan Mohd. Ismail Roslan (BN-Semerah) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Abd. Mutalip berkata, faktor lain yang dikenal pasti menyumbang terhadap peningkatan kes zina termasuk sikap ibu bapa yang terlalu menumpukan terhadap pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab memantau per­ge­­rakan anak-anak mereka.

“Selain itu, suasana masyarakat yang semakin kurang mengambil tahu hal persekitaran mereka turut menjadi faktor kerosakan moral melibatkan pelaku zina,” katanya.

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.