JAKARTA: Seorang remaja perempuan warga Indonesia yang dirogol abangnya dihukum penjara enam bulan kerana mengugurkan kandungan, kata polis pada Ahad.

Kedua-dua remaja berusia 15 tahun dan abangnya berumur 18 tahun, disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Daerah Muara Bulian di Batanghari di wilayah Jambi di Sumatera pada Khamis lalu.

Timbalan ketua polis tempatan, Singgih Hermawan berkata, abangnya menerima hukuman selama dua tahun kerana melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.

Pengguguran adalah dilarang di Indonesia, tetapi dibenarkan atas kes rogol, terutama sekiranya kehidupan mangsa berdepan dengan risiko.

Bagaimanapun, proses pengguguran itu seharusnya dilakukan dalam tempoh satu setengah bulan kehamilan dan dilakukan oleh pakar.

Menurut pihak mahkamah, remaja berkenaan melakukan pengguguran pada usia kehamilannya enam bulan.

Ibunya turut berdepan dengan pertuduhan kerana bersubahat melakukan pengguguran itu.

Ibu remaja itu membantu anak perempuannya untuk menggugurkan kandungan kerana bimbang dimalukan oleh jiran-jiran.

Menerusi satu pendedahan di mahkamah, gadis itu telah dirogol sebanyak lapan kali sejak September lalu.

Pada Mei lalu, penduduk kampung menjumpai janin tanpa kepala dekat ladang kelapa sawit.

Polis kemudian melakukan penahanan pada Jun lalu. – AP

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.