FILEM Hantu Kak Limah (HKL) terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold terus mencetuskan fenomena apabila mencipta rekod ke-4 dengan memungut RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan.

Ini menjadikan HKL mendapat kutipan filem tertinggi bagi sesebuah filem tempatan.

Rekod ini pernah dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 (terbitan Astro Shaw & Skop Productions ) menerima RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim termasuklah pengarah Mamat Khalid, barisan pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei, Singapura serta rakan media bersama rakan pemamer yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem HKL di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman.

‘HKL’ masih rancak ditayangan di 146 pawagam membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.