Ramai tumpang gembira apabila hati Fasha Sandha kini sedang berbunga bersama si kekasih hati. Namun kebelakangan ini ramai mempersoalkan imej Fasha yang tampil semakin seksi berbanding sebelum ini.
Dalam sekeping gambar dimuat naik bersama Aidil Aziz, selain ucapan ‘sweet’ untuk kekasih hati, mata peminat tidak senang melihat penampilan Fasha yang berbaju seperti berkemban, menampakkan bahunya.
Bukan itu sahaja, bagi sesiapa yang mengikuti pelakon itu di IG, banyak lagi gambarnya yang berpakaian seksi dan berani turut dimuat naik. Di ruangan komen, ramai mengecam Fasha yang semakin seksi.
Ada juga mengaitkan penampilan seksi Fasha sekarang dengan hubungan cintanya dengan lelaki muda, Aidil. Hingga ada yang mendakwa lelaki yang baik tidak akan mengubah wanita menjadi semakin alpa.
Apapun mungkin teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang terhadap artis kesayangan mereka. Harap Fasha hargainya dan tidak melenting ya.