Semakin panas nampaknya dengan gosip Elfira Loy sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki kaya.
Mula-mula, ada yang kata Elfira sekadar buat gimik sahaja, tetapi semalam timbul dakwaan mengatakan dia mahu mengambil kesempatan terhadap hubungan cinta yang terjalin dengan lelaki itu.
Menerusi akaun Twitter, seorang individu menuduh Elfira sanggup bercinta dengan sesiapa sahaja hanya untuk membantunya menyelesaikan hutangnya.
Malah, aktres itu sengaja memutarbelitkan cerita ada orang ingin menjatuhkannya sedangkan Elfira tidak pernah mahu membayar hutang tersebut.
Tidak berdiam diri dengan segala tuduhan liar dan penghinaan yang dilempar kepada dirinya, Elfira tampil membalas ‘tweet’ berkenaan.
Namun, Elfira tidak mengeluarkan sebarang kata-kata kesat dan membalasnya dengan ayat yang cukup ringkas dan tenang sekali.
Walaubagaimanapun, individu itu tidak mengalah dan tetap bertegas bahawa Elfira sememangnya mahu lari dari bayar hutang dan sudah pun muflis.
Tiada gunanya berperang di media sosial, selesaikan semua masalah ataupun rasa tidak puas hati dengan cara yang lebih matang. Jangan buat tuduhan liar jika tidak ada bukti yang cukup.
Sumber: Twitter Sarah Z