Siapa sangka, sebentuk cincin yang dibeli dalam jualan murah dengan harga £10 (RM55) terjual pada harga £656,750 (RM3.7 juta) dalam lelongan.

Memang durian runtuh!

Cincin berlian yang dimiliki seorang wanita pada awalnya disangka hanya cincin hiasan biasa dan dipakai setiap hari termasuk ketika membuat kerja rumah.

Wanita itu hanya menyedari nilai sebenarnya selepas ia dihantar ke Institut Gemologi Amerika Syarikat untuk pemeriksaan.

“Berlian tulen 26.27 karat itu dipercayai dihasilkan pada abad ke-19. Berlian itu dinamakan sebagai Tenner,” lapor portal Mirror.

Awalnya, ia diramal terjual pada harga maksimum £350,000 (RM1.93 juta) dalam lelongan di Sotheby di bandar London.

Bagaimanapun, cincin tersebut menerima nilai lelongan di luar jangkaan, hampir sekali ganda daripada ramalan awal.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.