SEORANG doktor wanita tidak sengaja memutuskan kepala seorang bayi semasa proses kelahirannya, menyebabkan bahagian badan bayi itu tertinggal di dalam rahim ibunya.

Dalam kejadian di sebuah klinik swasta di bandar Quetta, Pakistan, Rabu, bapa kepada bayi yang tidak dapat dilahirkan secara sempurna itu, Abdul Nasir, memberitahu media tempatan bahawa pihak klinik meminta dia membawa isterinya ke Hospital Awam yang boleh melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bahagian badan bayi yang masih tertinggal di dalam perut ibunya.

Abdul Nasir dilaporkan berkata kakitangan klinik itu juga enggan memberikan laporan perubatan kepadanya.

Isterinya kemudian menjalani pembedahan di Hospital Awam untuk mengeluarkan bayi malang berkenaan.

Abdul Nasir yang sangat sedih dilaporkan menghubungi Kelab Akhbar Quetta untuk memfailkan aduan terhadap doktor terbabit yang dikenal pasti sebagai Alia Naz Taran, juga dipercayai bertugas sebagai timbalan pegawai kesihatan daerah.

Dia juga juga menghubungi ketua hakim Pakistan, gabenor dan ketua menteri Balochistan bagi menuntut keadilan atas kecuaian doktor tersebut.

Dalam kenyataannya kepada media tempatan, Abdul Nasir berkata doktor itu telah merentap sebahagian kepala dan badan bayi itu semasa proses melahirkannya secara normal. Dia kini menuntut keadilan untuk kehilangan anaknya.

Ini bukan kali pertama insiden seorang doktor memisahkan kepala bayi dengan badannya semasa proses kelahiran.

Vaishnavy Vilvanathan Laxman, seorang pakar pediatrik di Dundee, Scotland, telah mencabut badan bayi yang belum lahir semasa ibunya yang berusia 30 tahun mahu melahirkannya, menyebabkan kepala bayi tertinggal di dalam rahim.

Perkhidmatan Tribunal Pengamal Perubatan di Manchester, England, pada Jun berkata bahawa Laxman memaksa pesakit untuk meneran bayi dengan cara normal walaupun dia tahu bayi posisi bayi itu songsang dan kadar denyutan jantung yang rendah. Panel itu memutuskan bahawa ini adalah kesilapan besar dalam penilaian bagi pihak doktor. -Pakistantoday

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.