Gambar hiasan

Budak perempuan ketagih seks, layan lebih 10 lelakiBATU PAHAT – Akibat ketagih seks seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di di sini, mengaku sudah melayani kira-kira 10 lelaki termasuk merakam perbuatan itu sebelum diselamatkan guru kaunseling, Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa mengaku sudah melakukan lebih 20 kali persetubuhan termasuk lebih dari seorang lelaki dalam satu masa atas dasar “suka sama suka” sejak akhir 2017 di rumah datuknya, di Ayer Hitam.

Beliau berkata, polis melancarkan Op Remaja sejak Khamis lalu hingga hari ini dan menangkap 11 suspek berusia antara 13 hingga 17 tahun yang disyaki terbabit merogol pelajar itu.

“Seramai empat pelajar ditangkap di kawasan sekolah sekitar Batu Pahat dan tujuh lagi pelajar ditangkap di rumah.

“Mangsa tinggal bersama datuk dan neneknya manakala ibu, bapa serta adik-beradik lain tinggal di luar Johor. Mangsa anak sulung daripada lima beradik.

“Mangsa mengaku mengambil rakaman video semasa melakukan hubungan seks. Kali terakhir mangsa melakukan hubungan seks ialah pada 18 Jun lalu di tandas bahagian luar rumah datuknya.

“Kali pertama melakukan hubungan seks ialah bersama rakannya berumur 14 tahun. Kejadian berlaku di bilik tidur mangsa, rakannya yang turut mengambil rakaman video ketika mangsa melakukan hubungan seks,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pakar Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), mendapati terdapat kesan koyakan lama pada hymen, manakala hasil ujian air kencing mengesahkan mangsa tidak mengandung.

“Pada jam 1.20 petang, 31 Julai lalu, polis menerima maklumat selepas gurunya membawa mangsa ke klinik kerana disyaki dirogol.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Batu Pahat ditemani guru kaunseling untuk mendapatkan rawatan selepas membuat pengakuan melakukan hubungan seks dengan ramai orang.

“Guru kaunseling itu seterusnya membawa mangsa ke HSNI untuk merawat masalah ketagihan seks oleh mangsa termasuk ketika Ramadan lalu di tandas rumah datuknya secara bergilir-gilir,” katanya.

Menurutnya, pada jam 12.01 pagi, 18 Jun lalu, mangsa melakukan hubungan seks bersama dua rakannya di rumah datuk mangsa dan merakam aksi terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu rogol secara berkumpulan.

Katanya, jika disabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.