GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia lapan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 rumahnya di apartment Puncak Terubong, Ayer Itam di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Mayat mangsa, Lim Yi Xuan yang merupakan OKU cacat pembelajaran dan hiper aktif ditemui dalam keadaan terbaring di bahagian belakang tempat meletak kereta blok berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) yang tiba di lokasi kejadian.

“Hasil soal siasat keluarga mangsa mengatakan yang anak mereka itu telah memanjat meja yang berada di tepi tingkap yang terbuka lalu terjatuh ke bawah,” katanya. – K! ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.