PETALING JAYA – Tiada sebarang rungutan berkaitan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diterima daripada penduduk setempat.

Calon PH bagi PRK Dun Seri Setia, Halimey Abu Bakar berkata, dalam kempennya semalam penduduk di Dun Seri Setia tidak menyuarakan mengenai kenaikan harga barangan susulan pelaksanaan cukai tersebut.

“Namun jika ada rungutan, saya mungkin saya boleh bantu memanjangkan perkara ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

Bermula semalam, SST dikuatkuasakan bagi mengantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejajar dengan janji 100 hari PH selepas gabungan itu mengambil alih pemerintahan negara daripada kerajaan BN.

Mengulas lanjut, Halimey berkata walaupun SST baru sahaja dilaksanakan, pihak berkuasa termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau dan pemeriksaan mengejut di premis terlibat seluruh negara.

“Saya harap agar pemantauan ini perlu dilaksanakan secara berkala oleh KPDNHEP berikutan cukai ini baru dilaksanakan semula.

“Mungkin pengguna dan pembeli terkejut malah ada peniaga yang turut ambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati dan disinilah peranan penguatkuasaan amat penting,”katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.