KUALA LUMPUR — Seorang ahli perniagaan menjelaskan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan menanggung kerugian dengan menayangkan siaran langsung Piala Dunia 2018.

Zulhafidz Yahaya berkata RM40 juta yang dihebohkan adalah bayaran bagi RTM mendapat hak penyiaran namun keuntungan pengiklanan lebih daripada itu.

“Iklan 10 saat waktu penyiaran itu berharga RM15,000, 30 saat iklan RM30,000 contoh per slot, biasanya waktu siar tidak dijual per slot.

“Ada pakej-pakej terus untuk sepanjang penyiaran dan lain-lain. Tambahan, kadar waktu puncak berbeza dengan kadar biasa,” coretnya di Facebook malam tadi.

Kenyataan Zulhafidz itu dikongsi lebih 10,000 kali dan diulas hampir 3,000 orang.

Beliau berkata RTM mungkin menjana pendapatan RM250 juta sekiranya pihak pemasaran giat menjalankan promosi.

Katanya, tiada apa yang perlu dirisaukan dengan angka RM40 juta kerana itu menggambarkan ketelusan kerajaan baharu.

“Labur RM40 juta, bakal dapat lebih daripada RM250 juta pendapatan kepada RTM milik kerajaan.

“Ini juga sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf RTM dalam tempoh enam bulan seperti yang diarahkan kementerian.

“Dulu kita tidak tahu langsung berapa kerajaan bayar itu ini untuk apa-apa tema perayaan RTM, contoh acara Warna-Warna Malaysia di Dataran Merdeka, Citrawarna dan lain-lain. Rakyat tidak tahu.

“Tapi kerajaan baharu ini telus, beritahu serba serbi hal perbelanjaan awam. Satu benda baharu yang baik,” katanya.

RTM akan menyiarkan secara langsung pertandingan bola sepak Piala Dunia Fifa 2018 secara percuma, demikian diumumkan menteri komunikasi dan multimedia Gobind Singh Deo.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.