Baru-baru ini, seorang wanita yang juga Instafamous terkenal telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan suaminya berlaku curang dengan seorang salesgirl.
Menurut Emma Shazleen yang baru sahaja melahirkan anak ketiga, dia telah menerima ‘bukti’ kecurangan suaminya itu daripada rakan-rakan tetapi baru sekarang ada kekuatan untuk mendedahkan kepada umum.
“Mungkin ada yang anggap, saya tidak matang untuk mendedahkan hal rumah tangga, tetapi jika suami sendiri tanpa rasa malu berpegangan tangan dengan wanita lain dikhalayak ramai, saya rasa suami yang patut rasa malu,” katanya.
Emma berkata, suaminya pernah memberitahu bahawa dia tidak mahu anak mereka membesar dalam keluarga yang berpecah-belah kerana dia sendiri datang dari keluarga yang sedemikian.
Namun, apabila melihat gambar-gambar tersebut, Emma hanya mampu berkata: “But you just broke our family”
Bukan itu sahaja, Emma juga turut memuat naik status di Instastorynya menceritakan kesakitan yang sedang dialaminya.
Luahan hati Emma ini sungguh menyedihkan. Ya, seorang isteri memang akan risau bila suaminya keluar ke tempat kerja. Kalau dah tak suka lepaskan saja, jangan mainkan perasaan orang.
Emma juga meluahkan tekanan yang dirasainya dan memberitahu bahawa orang lain tidak akan memahami melainkan mereka berada di tempatnya.
Betul apa kata Emma tu, lagipun dia bukannya sebar di media sosial untuk dapat perhatian. Tapi sebagai pengajaran buat wanita lain di luar sana.
Apa pun harap Emma tetap bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Semoga anak-anak Emma membesar dengan baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.