Sebenarnya, filem Munafik 2 yang ditayangkan bermula semalam hanyalah sebuah ‘forum ilmu’ yang mana hampir setiap dialog dalam filem itu akan diselitkan secara literal ilmu fiqh, aqidah, Al-Quran, sunnah Rasulullah dan sebagainya.
Antara yang cuba disampaikan dalam filem Munafik 2:
- Al Quran dan Hadith menjadi pegangan umat Islam dan tidak akan sesat selagi kita berpegang pada keduanya
- Di akhir zaman ini, orang jahil diangkat dan dimulia manakala orang yang alim dituduh berdusta dan menunggang agama.
- Kebenaran akan dapat dibuktikan apabila kita bersabar mengharapkan pertolongan hanya daripada Allah.
- Kita jangan taksub atau terlalu memuja seseorang itu walaupun dia seorang alim ulama’. Jika mereka itu membuat kesalahan maka mereka juga perlu ditegur.
- Iblis lebih mudah memperdaya orang-orang Islam yang hilang bergantung harap kepada Allah.
- Sihir merupakan senjata yang digunakan oleh golongan-golongan pemuja iblis yang mana mereka telahpun berlaku syirik kepada Allah. Ingat, Allah mengampunkan semua dosa hambaNya kecuali syirik.
Kalau tengok Munafik 2 pembukaan dia dengan Surah Al-Alaq . Mase tu sumpah tak puas dengar 🙃🙃 pic.twitter.com/Abvicp9Dsl
— 🌚 (@SajidMuslim) August 30, 2018
Betul apa yang Imam Syafie kata, “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.
Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digunakan di dalam filem ini yang boleh dijadikan ‘pendinding’ daripada gangguan makhluk halus antaranya:
1. Al-Baqarah, ayat 148
2. Al-Hijr, ayat 35
3. An-Nur, ayat 21
4. Aaraf, ayat 117-123
5. Al-Israa, ayat 82
6. Asy Syu’araa, ayat 80
7. Taha, ayat 68-70
8. Yunus, ayat 81-84
9. Ayatul Kursi
10. Al-Hasyr, ayat 21
Selain daripada itu, bacaan yang dibaca oleh Azhar (nama watak dalam filem) itu turut berguna dan bagus untuk diamalkan.