Memiliki badan yang kurus merupakan idaman semua orang tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana untuk bermula.

Seorang gadis cantik manis, Asyiqin Khairi atau mesra dipanggil Ekin berkongsi cara bagaimana dia mampu menghilangkan berat sebanyak 25 kilogram (kg) hanya dalam masa empat bulan tanpa sebarang pengambilan suplemen, diet ekstrim atau rawatan sedut lemak.

Menurut Ekin, dia mengamalkan minum air masak sebanyak 4-5 liter dan berpantang minum air manis.

Selain itu, dia juga tak makan makanan bergoreng, roti, nasi mahupun makanan segera.

Ekin hanya makan buah, sayur, kacang, telur dan yogurt kosong rendah lemak serta mengamalkan sedikit senaman sekurang-kurangnya sejam sehari.

Selepas dia berjaya menurunkan berat 10kg, Ekin mula mengambil nasi ketika makan tetapi hanyalah segenggam nasi.

Di samping itu, Ekin juga berpesan bahawa disiplin haruslah dijaga jika mahu berat badan turun secara konsisten.

Mungkin anda boleh cuba tips diberikan oleh Ekin jika mahu menurunkan berat badan secara semulajadi. Apa yang penting, anda kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.