Sebelum meninggal dunia pagi ini, bekas pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Nizen Ayob mendakwa dirinya telah disihir oleh pihak yang dikatakannya tidak bertanggungjawab.

Beberapa bulan lalu, Nizen ada memuat naik satu gambar di laman Instagramnya. Gambar itu jelas menunjukkan rangka gigi dan paku yang sudah karat.

Menurutnya, objek tersebut dijumpai di dalam kepalanya.

Peserta program realiti Pilih Kasih 3 ini ada berubat secara tradisional dengan seorang pengamal perubatan dan dia agak terkejut apabila dimaklumkan terdapat rangka gigi dan paku karat dalam kepalanya.

“Pakcik itu mengurut-urut dahi saya dengan tangannya secara perlahan-lahan menggunakan sejenis minyak sehingga terhasil kesan seperti sedang menjalani pembedahan kecil lalu dia mengeluarkan rangka gigi manusia dan paku karat.

“Memang terkejut walaupun terasa sakit semasa dia melakukan ‘pembedahan’ berkenaan terutama apabila dua objek itu mahu dikeluarkan. Malah kesan luka masih kelihatan sehingga hari ini,” katanya.

Dia juga tidak tahu apa puncanya sehinggakan ada pihak yang kurang menyenanginya. Walaupun begitu, dia sedar dia juga hanyalah manusia biasa yang melakukan kesilapan dan mendoakan pengirim ilmu hitam itu bertaubat.

Semoga Allah menempatkan roh Nizen bersama-sama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.