SELEBRITI media sosial, Faiz Roslan, sekali lagi memohon maaf di atas kontroversi pengakuan tidak berpuasa menerusi live Instagram yang dibuatnya, baru-baru ini.

Menurut Faiz menerusi akaun Twitter miliknya, dia menerima dengan hati terbuka segala kecaman yang dilemparkan netizen kepadanya dan telah mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku.

Malah dia juga mengambil keputusan untuk menyahaktifkan akaun Instagram berhenti daripada membuat apa jua video untuk sementara waktu.

“Saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri daripada media sosial sehingga raya.

“Ya, ada orang kata saya boleh larikan diri dekat media tapi bukan dekat netizen dan ALLAH. Saya tahu tu.

“Kita sesama manusia memaafkan satu sama lain. Saya minta maaf. Sudah banyak tweet yang buruk pasal saya, video saya di explore IG (Instagram), macam-macam lagi, well nama dah kotor, apa boleh buat.

“Sekarang saya reda dan saya akan mendiamkan diri untuk sementara waktu,” katanya menerusi akaun Twitter @thefaizroslan seperti laporan mStar.

Bagaimanapun akaun tersebut turut dinyahaktifkan pada awal pagi Jumaat.

Pada petang Isnin, Faiz menerusi video live Instagram secara terbuka mengaku dia tidak berpuasa.

“I tak puasa sebab I tak solat lima waktu pun. So kalau puasa pun macam rugi je. Korang puasa nak dapat pahala, tapi kalau tak solat (pahala) dikira kosong.

“Tengok ‘perempuan’ tu, makan je. Tapi jangan tunjuk sangat, kitorang ni dah tertunjuk, sebab kitorang pun macam tak hormati, so ambik lah kau,” ujarnya sambil mengalihkan rakaman video kepada rakannya yang sedang makan secara terbuka.

Pada 1 Ramadan lalu, Faiz mengundang kontroversi apabila memuat naik video parodi bersama dua rakannya dengan tarian mengghairahkan dan berpakaian seksi menyerupai perempuan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.