Berikut keputusan mesyuarat Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
- Saguhati Aidilfitri kepada penjawat awam Gred DG41 dan ke bawah ialah RM400 serta bagi pesara RM200.
- Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan mulai 1 September 2018.
- Laluan MRT3 tidak diteruskan.
- Harga diesel dan RON95 dikekalkan, RON97 diapung ikut pasaran.
- BR1M digantikan dengan bantuan sara hidup kepada rakyat dan dibayar pada 6 Jun.
- Diskaun tol 50 peratus untuk semua lebuhraya dua hari sebelum Aidilfitri.
- Jemaah Menteri setuju batal HSR, tertakluk perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi.
- Projek MRT3 tidak diteruskan.
- Majlis Penasihat Pertanian ditubuhkan kerajaan.
- Tabung Harapan Malaysia akan diwujudkan untuk terima bantuan rakyat membayar hutang negara. Derma daripada orang ramai ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan.
- Biro Tata Negara (BTN) sedang dikaji.
- Skim Kawalan Harga sempena Hari Raya akan dilaksanakan.
- Kedudukan kewangan Malaysia perlu diurus berhati-hati untuk kurangkan kos pentadbiran Negara.
- Sayangi Malaysiaku – Tema Hari Kebangsaan.
- Program Permata dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan.
- Projek ECRL belum batal, masih dalam kajian.
- Pencarian pesawat MH370 tidak diteruskan kecuali menemui bukti baru.
Loading...